PPM RAMPAS ROKOK KRETEK BERNILAI HAMPIR SUKU JUTA RINGGIT

Tawau, 6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 13,000 bungkus rokok kretek pelbagai jenama yang diseludup masuk dalam Op Paradise di kawasan laut Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 malam semalam.  Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata, pasukannya telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan dan semasa menghampiri bot tersebut, juragan telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam laut," katanya.  "Setelah digeledah, kami menjumpai 13,000 bungkus rokok kretek pelbagai jenama dan turut merampas sebuah bot serta sebuah enjin yang mana kesemua rampasan dianggarkan RM234,652" ujarnya lagi.  Menurut beliau lagi, kesemua rokok tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.


SUMBER FB PDRM

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment