PERATURAN BERKONVOI

Musim cuti sekolah ini, banyak aktiviti konvoi kereta/motosikal dilakukan oleh kebanyakkan kelab-kelab permotoran.

Disini terdapat beberapa peringatan & nasihat daripada pihak kami kepada mereka yang akan menjalankan aktiviti konvoi :

- Pertama sekali, kumpulan konvoi perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebulan sebelum aktiviti tersebut dijalankan;

- Kedua, hanya lampu kuning atau 'amber' dibenarkan, itupun selepas mendapat kelulusan JPJ;

- Marshal tidak boleh mengarahkan pengguna jalan raya lain untuk memberi ruang kepada mereka;

- Fungsi Marshal adalah untuk memastikan pergerakkan lalu lintas kumpulan konvoi bergerak mengikut kelajuan yang ditetapkan undang-undang seperti bergerak seiring dan memastikan tidak ada ahli kumpulan konvoi yang tersasar atau terkeluar dari pergerakkan kumpulan;

- Tidak dinafikan terdapat ahli konvoi terdiri daripada pegawai/anggota polis. Namun mereka tidak boleh bertindak sebagai penguatkuasa trafik kerana mereka adalah sebahagian daripada kumpulan konvoi dan tidak bertugas. Lagipun, ia sebenarnya aktiviti orang awam;

- Sebaiknya, sentiasa pastikan jarak kenderaan ketika berkonvoi, amalkan ciri-ciri keselamatan dan tidak melebihi had laju yang telah ditetapkan.


SUMBER - FACEBOOK POLIS PAHANG



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "



Post a Comment