POLIS KELANTAN KENAL PASTI GENG CURI WANG DARI MESIN ATM

Bachok, 7 Feb - Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti mereka yang terbabit dan kaedah yang digunakan untuk mencuri wang dari mesin keluaran wang automatik (ATM) yang berlaku sejak Januari lalu.

"Kita tunggu masa yang sesuai untuk bertindak dan pihak kita sedang bekerja keras dalam usaha mengekang kegiatan mencuri wang membabitkan ATM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Ronda Bersama Timbalan Ketua Polis Kelantan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kubang Badak dekat sini malam tadi.

Kes terbaharu berlaku Rabu lepas apabila tiga penjenayah dilapor mengheret mesin ATM yang terletak di hadapan Politeknik Kota Baharu, Kok Lanas kira-kira 5.15 pagi dengan sebuah pacuan empat roda dan melarikan wang tunai berjumlah RM84,000.

Beliau menyarankan agar pihak bank turut bekerjasama dengan pihak polis bagi membanters kejadian itu.

Pengawal keselamatan yang bertugas di bank perlu memiliki nombor kecemasan polis bagi melaporkan segera kegiatan jenayah yang berlaku agar pihak polis boleh bertindak pantas, katanya.

Sempena program itu, Mazlan turut mengadakan rondaan bersama Pengerusi KRTKampung Kubang Badak, Datuk Ibrahim Ismail, anggota Rela dan Skim Rondaan Sukarela.

- BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment