CETAK ROMPAK: 3 DIBERKAS

Bukit Aman, 7 Feb – Tiga lelaki dipercayai ahli sindiket VCD/ DVD cetak rompak telah ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam satu serbuan sempena ‘Op Ostrich’ di Shah Alam Selangor, semalam.

Tangkapan dilakukan ketika semua suspek sedang melakukan transaksi memindah bekalan VCD/DVD cetak rompak ke sebuah kenderaan.

Dalam sidang media JSJK di Bukit Perdana hari ini, SAC Dato' Abdul Jalil bin Hassan, Timbalan Pengarah JSJK (Risikan/Operasi) berkata, pihak polis turut merampas 28,000 keping VCD/DVD cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM224,000.

Kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk disiasat di bawah Sekyen 18(4) Akta Penapisan Filem 2002 di mana jika disabitkan salah boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam kes yang berasingan, JSJK Bukit Aman turut berjaya memberkas 15 individu dipercayai terlibat dalam kes penipuan terhadap seorang wanita warganegara Singapura Januari lalu.

“Kesemua suspek terdiri daripada lima lelaki warganegara Nigeria, tiga lelaki dan tujuh wanita warga tempatan telah ditahan bersama barang-barang dipercayai digunakan dalam sindiket tersebut, antaranya telefon bimbit, passport dan komputer riba,”

“Kelima-lima warga Nigeria terbabit berperanan sebagai pencari mangsa dan pengendali ‘chatting’ melalui facebook manakala salah seorang suspek yang merupakan wanita tempatan menjadi pemilik akaun dan juga berperanan sebagai ejen kurier servis,” tambahnya lagi.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.


SUMBER FB PDRM






Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment