Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, sekatan jalan raya di beberapa kawasan turut dijalankan bagi mengesan suspek kes itu.
"Setakat ini tiada tangkapan yang dibuat oleh pihak polis tetapi kita akan buru suspek yang terlibat sehingga berjaya ditahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Abd. Halim yang hilang ketika menyertai operasi cegah jenayah kelmarin ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian mata dan dada.
Mangsa yang bertugas di Balai Polis Jaya Gading melakukan rondaan di ladang berkenaan bersama tiga orang termasuk ketuanya bermula pukul 4 petang kelmarin.
Sumber: Utusan Malaysia
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments