LAGI ANGGOTA POLIS TERKORBAN DALAM TUGAS

AL FATIHAH: Allahyarham Kpl Md Halim Md Ali, anggota Balai Polis Jaya Gading, Kuantan yang terbunuh akibat tembakan penjenayah semasa bertugas kelmarin meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Pagi tadi jenazah Allayarham telah disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan dibawa ke Felda Bukit Mendi, Triang, Pahang untuk dikebumikan.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Dato' Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang, para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam IPD Kuantan dan IPK Pahang.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

sumber - facebook PDRM



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments